Wednesday, 29 May 2013




Syarikat
Hj. Senan Food Industries,  No. 9, Jalan Sultan Ibrahim, Muar.

Produk 
Rempah Beriani, Perencah Mee Bandung, soto, perencah mee rebus, rempah untuk masakan kari, kurma dan masak merah.

Sejarah
Hj. Senan Food Industries diasaskan oleh Hj. Senan Bin Abd Samad. Beliau merupakan seorang guru agama dan tukang masak handalan yang terkenal. Beliau telah mencipta dan menghasilkan formula produk rempah beriani Senan yang kini terbukti keenakan dan keunggulannya.

Rempah ratus keluaran Hj. Senan Food Industri menerusi jenama Senan Beriani menjadi pilihan ramai di kalangan masyarakat Melayu. Ini kerana selain menghasilkan rempah untuk masakan kari, kurma dan masak merah, syarikat yang sudah beroperasi sejak 25 tahun lalu turut mengeluarkan produk rempah beriani, soto, mi bandung serta perencah mi rebus.

Pengurus Operasi Hj. Senan Food Industries sekarang adalah Farahiyah Mohd. Puad. Rempah ratus yang dihasilkan oleh syarikat berkenaan bermula daripada resipi datuknya, Haji Senan Abdul Samad. ‘‘Arwah datuknya adalah seorang tukang masak untuk kenduri kahwin di Muar. Datuknya selalu masak nasi beriani dan bermula dari situ, ada yang minta resipi.

‘‘Memandangkan ia adalah resipi keluarga, maka datuk dan bapanya mula membuat dan menjual rempah secara kecil-kecilan pada tahun 1974 kepada orang ramai yang berminat. 

Untuk permulaan rempah yang dijual tertumpu pada resipi yang sering dimasak oleh datuknya untuk majlis perkahwinan. Bagaimanapun pada tahun 1982, syarikat itu mula mengorak langkah menghasilkan produk seperti serbuk kunyit, soto dan sup dan kemudiannya mengeluarkan perencah mee bandung, mee rebus, ikan bakar, asam pedas serta set nasi beriani.

‘‘Dari sedikit jadi banyak, sekarang syarikat berkenaan mengeluarkan 13 produk dan paling istimewa adalah perencah mee bandung, soto, tepung ayam goreng dan beriani special.

‘‘Kini syarikat  itu beroperasi sepenuhnya di Jalan Sultan Ibrahim, Muar dan cawangannya di Taman Sri Amar Majidee, Johor Bahru.

Tag line
Jenama Yang dipercayai






No comments:

Post a Comment